free web counter

Tuesday, October 26, 2010

.: deDiKAsi :.

Assalamualaikum...

bro, aku mintak maaf sangat2 if aku ada wat slh dgn ko, aku x niat nak wat gt, tp ntah la, aku rs trase jek hr tu sbb tgk ko tetibe x de dlm fren list fb aku. mse tu aku x pk panjang, aku wat kptsn bodoh tu, aku mintak maaf eh, aku x mksd x nak kwn dgn ko lg, aku knl ko dari sem 1 kot, 3 tahun aku kenal ko. 3 tahun tu jgk la kita duk same2, ms li pon x pisah. aku mintak maaf la if aku de wat pape slh dgn ko eh.

dlu aku leka, leka sgt2 dgn dunia aku sampai lupa kwn2 yg da byk tlg aku dari sem 1, br skunk aku sedar, dulu sem 1, hujung minggu bila time semua org balik kg, aku duk mne? bilik ko gak, aku lepak dgn spe? ko gak, semua ko. pastu x kan la sbb benda tu aku x nak kwn dgn ko lak, bodohkan aku. aku mintak maaf.

mase mula2 duk rumah sewa, sape sampai dulu?...mmg la aku, tp lps tu?...ko gak, ko ngat lg yg mlm tu kte g jln2 kat pd naek moto aku, kte dua org jer, g mkn. lepas mkn g funfair kan? ko ngat x? pastu ko ajk aku masuk rumah hantu, aku ckp x nak sbb x takot. mmg la x takot, tp aku mls nak terkejut sbnrnyer, tp ble da masok rumah hantu tu dgn ko, bole pulak ko yg kaco hantu tu. aku pon join skali la, sampai hantu tu da bosan tgk kte...hahahah...ko ngat x?...x kan lpe kot?

ko ingat lg x mse dekat nak final sem 2, mse arwah mak aku sakit, aku x bwk moto g pd, sape dtg amik aku kat bustop?ko gak. ko rela tinggal awek ko jap semata2 nak amik aku kat pd, ko da byk tlg aku bro. aku mintak maaf sbb aku leka dgn dunia aku, sory bro......ap yg aku rs skunk, aku amat rindukan housemate aku. kalo boleh nak duk skali lg rmai2 mcm dlu.....dan aku x lpe jgk....aku 2 thn aku sambut raya haji kat pd dgn ko.....

ko ngat lg highway pd? x kan lpe kot...tu la tempat kita berlumba haram mlm2, kdg2 pg mkn jep, bole lak menyinggah kat highway tu smate2 nak test moto, ko ngat x?....mustahil ko lpe, sbb mse tu ko br bli moto lgkan...paling aku x le lpe, time mkn rmai2 ko ad skali, riuh je rumah, semua nak mengarok, mcm2...tp ko N korang mmg bes....bes sgt2.....aku sayang korang.....

ko ingat lg x time test math? aku tnyer ko mcm mner nak wat....ko gak tlg aku, kalo bkn ko yg duk sblh aku mse tu, aku rs mayb aku kne repeat sem, aku mintak maaf bro.....aku sayang ko....aku sayang kwn2 aku.....aku mintak maaf sgt2 if aku ad wat slh dgn ko...aku mmg kdg mental sket dlu, mne x nyer, mcm2 prob....skunk ble semua tu da pg, terima kasih kat 'kawan-kawan' sbb dtg ceriakan hidop aku, tp ia x lengkap tanpa ko.

aku x mampu nak msj or kol ko sbb aku segan...aku mintak maaf sangat2...aku mintak maaf sangat2.....maafkan aku di atas kelekaan aku selama ni. if ko maafan aku....ko add la aku kat fb...dan aku hargai dan terima kasih sgt2......maafkan aku As Shafiq Asyraf Bin Badli Sham...........maafkan aku.....



andy


ko ngat lg x? ni kan time berbuka kat surau mase sem 1



Monday, October 25, 2010

.: NerVOus :.

tanggal 10 julai 2007


aku melaporkan diri di POLITEKNIK PORT DICKSON. sebelum tu aku adalah seorang penganggur yang berjaya selepas berhenti daripada kerja yang sangat dasyat (majikan telah memijak2 kepala pekerjanya sampai lumat). sebulan sebelum tarikh di atas, aku dapat surat tawaran untuk sambung belajar dalam kos DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN). masa mula2 aku dapat surat ni, aku dah beriya nak sambung study kat MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY dalam jurusan DIPLOMA ENGINEERING OF HELICOPTER MAINTENANCE. tapi di atas nasihat keluarga dan saudara-mara, maka aku sambung la study kat POLITEKNIK PORT DICKSON.

sebulan sebelum tu, aku kena sediakan macam2 benda, salinan sijil la, salinan tu la, ni la, dan juga aku kena buat medical check up. so aku pergi la ke klinik kerajaan disekitar kuantan untuk buat check up. mula2 ukur tinggi, berat badan, pastu rabun atau tak. lepas tu, kena pergi tunggu untuk masuk ke bilik yang berlainan pulak untuk berjumpa doktor. masa no aku di panggil, cepat2 aku pergi masuk untuk berjumpa doktor.

doktor mengambil tekanan darah. aku macam biasalah, dah biasa ambil tekanan darah ni, tak kisah pun. da selesai tetiba doktor cakap :


"kamu ada darah tinggi ke?"

"x ad doktor, sy sihat jer"


sambil tu berkali-kali doktor ambil tekanan darah tinggi aku. aku pon wat selamba je la. pastu doktor tu cakap lg :


"tapi tekanan darah kamu ni tinggi, x pe la, kamu kluar dlu, pergi minum air banyak2, nnti dtg balik"



keluar je dari bilik tu, ayah aku da bersiap2 nak balik.



abah : ha, dah? jom balik, abah kena pergi keje pulak ni.

aku : mana abis lg...doktor ckp ad darah tinggi, dy suruh pg minum air dlu. (sambil muka x bersalah)

abah : ha? darah tinggi? macam mana boleh ad sakit tu? tu la awk, makan ikot dan jer, suruh makan ikan x nak, bgn tido tengah hari, pastu duk rumah tido jer, mana badan x lemah.....bla....bla....bla.....bla......

aku : (sakit darah tinggi ad kne ngena ke dgn tido?)(muka x bersalah lg)



lepas minum air, aku jumpa doktor tu lg, dia tanya :



doktor : kamu da minum air banyak?

aku : dah tadi, satu botol saya minum.

doktor : okay, bagus. (sambil ambil tekanan darah aku) umur kamu berapa?

aku : 18 doktor.

doktor : tinggi lagi ni, kalo macam ni, saya x boleh sain borang check up kamu. kamu pergi jumpa doktor pakar dekat bilik sebelah ye, tunggu kat luar, nanti kita panggil no kamu.



lepas tu aku keluar bilik dengan muka selamba pergi kat ayah aku.



abah : dah siap?

aku : mana siap lagi, dy suruh jumpa doktor pakar pulak.

abah : tu la awk, makan ikot dan jer, suruh makan ikan x nak, bgn tido tengah hari, pastu duk rumah tido jer, mana badan x lemah.....bla....bla....bla.....bla......

aku : (yelah)



lepas setengah jam no aku pun dipanggil. aku pun pergi masuk bilik duduk atas kerusi.



doktor 2 : (sambil ambil tekanan darah aku) umur kamu berapa?

aku : 18

doktor 2 : ada keluarga yang ada darah tinggi ke?

aku : ada kot, mak sy

doktor : tu la, kamu ni muda lagi, mungkin keturunan kot. tekanan darah kamu mmg tinggi, sy scan buah pinggang dulu la.

aku : okay



lepas tu aku pergi ke bilik sebelah, tu la kali pertama aku diaplikasikan kepada alat scan untuk ibu-ibu mengandung tu. sapukan sedikit gel kat pinggang, pastu doktor ni gosok2 alat tu kat pinggang aku (hahaha....rs macam kelakar pulak ayat ni, bukan lucah ok, tp mmg betol mcm tu caranya).



"buah pinggang kamu okay, dua2 okay, x de masalah apa2, x pe la, kamu buat ECG pulak ye"


ha? ECG? apa benda tuh? kalau nak tahu klik sini. masuk jer bilik tu, ad 2 orang nurse.



nurse 1 : kenapa doktor suruh kamu buat test ni?

aku : ntah, dy ckp sy ada darah tinggi.

nurse 1 : la....ye ke? berapa umur kamu?

aku : 18 (sambil pelik, da bpe ramai tnyer umur aku,da penat da nak jwb, tampal kat dahi boleh? "UMUR SAYA 18")

nurse 2 : muda lg, bese org ada darah tinggi ni org tua jer. blaja je?

aku : br lepas spm, tnggu nak sambung belajar.

nurse 1 : ni mesti ade awek ramai ni, tu yang darah tinggi tu sbb gadoh dengan awek.

aku : eh...mne ad.....(sambil tersenyum, dlm hati, sorang pon x terlayan, ni nak ramai2? kalo ramai, alamtnyer, bukan darah tinggi, kencing manis, gaut dan mcm2 penyakit boleh melekat kat aku)

nurse 2 : tu la, biasenyer org2 tua yang banyak masalah jer ad penyakit ni, keturunan kot?

aku : mungkin kot.....



tu la first time aku aku wat test tu, tampal alat2 dia kat dada aku, aku pun tak pasti alat apa, pastu bila keluar result, keluar la sekeping kertas yang panjang2 macam resit kita membeli belah dekat kedai. panjang pulak tu. lepas tu aku pergi jumpa doktor balik.


"test ni okay, jantung pon x ad mslh,x pe la, kamu nak sambung belajarkan, sy boleh sain, tp kamu kena buat follow up la, sy bagi kamu makan ubat, ubat ni kalo da makan, kamu x bole berhenti sampai bila2, tiap2 bulan kamu kena pergi klinik amik ubat dan cek tekanan darah kamu, saya bagi kamu buku ni, buku ni pegi mana2 jgn tinggal, bawak, pastu ubat jgn x mkn, ubat ni kalo kamu x mkn, lama2 dy akan effect organ2 dalam bdn kamu, jgn lupa makan ubat yer"


sambil tulis karangan atas kertas, doktor tu membebel macam tu, aku dengar je la sambil senyum, lepas tu settle la, pasal borang check up, tapi sebelum balik aku kena pergi makmal, sampai je kat situ, bagi borang kat doktor tu, pastu doktor tu bagi aku botol sambil berpesan


"dalam masa 24jam, kamu kencing dalam botol ni, dalam botol ni ada bahan kimia, jangan tumpahkan, lepas guna, teros tutup ye, esok hantar balik kat sini"


ha? dia suruh aku kencing dalam botol? hahahaha, yelah ikut je la apa yang disuruh oleh mereka, yang penting sekarang, aku dah berhenti makan ubat tu. apa? bukan ke tak boleh berhenti? mmg la, aku dah pernah jumpa doktor kat pd tu, dia pun tak bagi berhenti, jadi aku la yang jadi doktor. berhenti dengan sendiri, baguskan? bukan aku nak, tapi terpaksa, mula2 aku mmg makan dengan jayanya, tapi lepas selalu terlupa nak makan ubat tu, jadi aku pun buat2 lupa la terus hari2. yang penting sekarang, lepas ni kalau aku pergi klinik cek, semua dah ckp tekanan ok pulak, aku pon konfius, hari tu mungkin tak sengaja darah aku nak naik, saja nak main2. jadi sekarang aku dengan bangganya beritahu, aku tak ada penyakit? pasal ubat tu? malas ni fikir, biar je la, ajal maut di tangan Allah.


ni la ubat yang dimaksudkan, kecik je ubtnyer, tp aku da x mkn, wat pameran je ats meja.
tapi untuk pengetahuan, ubat ni harga dia beratus sekotak, aku x pernah beli,
tp ambik free je kat klinik gov. :)

Sunday, October 24, 2010

.: MaRi beRTaUbAT :.

Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril :

"wahai Jibril, siapakah golongan yang menghuni Neraka Jahannam?"

maka Malaikat Jibril berkata :

"adakah engkau benar-benar ingin tahu siapakah golongan yang menghuni Neraka Jahannam wahai Muhammad?"

Jawab Rasulullah SAW :

"ya! wahai Jibril, ceritakanlah kepadaku"

setelah Malaikat Jibril dipujuk oleh Rasulullah SAW, maka Malaikat Jibril pon menjawab :

"golongan yang menghuni Neraka Jahannam adalah golongan daripada umatmu wahai Muhammad!"

setelah Malaikat Jibril berkata sedemikian, maka Rasulullah SAW pengsan untuk seketika waktu. setelah tersedar dari pengsan, maka, menangislah Rasulullah SAW teresak-esak bersama Malaikat Jibril mengenangkan nasib umat akhir zaman iaitu umatnya sambil berkata :

"sesungguhnya umatku tidak mampu untuk menghadapi azab yang sedemikian rupa"



Sesungguhnya amat kasih dan sayang Rasulullah SAW kepada umatnya iaitu kita semua, tapi adakah kita mengasihnya? adalah kita sering berselawat keatasnya? orang kafir berlumba-lumba untuk menghina Rasulullah SAW, berbagai cara dilakukan untuk menghina Rasulullah SAW, adakah kita sama menentang? segelintir yang menentang dan ramai daripada golongan kita yang turut sama menghina Rasulullah.................Astaghfirullahal'adziim.....



KISAH NERAKA JAHANNAM

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 guda
ng dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala jengking, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila
terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil,

“Ya Rabb kami, selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :

“Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang artinya : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”


Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.



p/s : Pesanan kepada diri sendiri dan teman2, MaRi beRTaUbAT selagi masih mampu. (dialog di atas diceritakan oleh ustaz yg beri ceramah kat masjid td, KISAH NERAKA JAHANNAM pulak aku ambil dari web. gambar lak diucapkan terima kasih kepada Encik Google)

Saturday, October 23, 2010

.:- MeREkA -:.

bingung . konfius . pening

aku ada 3 benda yg menjadi tumpuan aku.

pertama '.'
kedua '..'
ketiga '...'

'.'

ia adalah kepunyaan aku, aku suka bermain dengannya, walau kemana aku pergi, aku membawanya, tidak pernah lekang dari fikiran aku tentangnnya. tp x lama lepas tu ia hilang. dan be aku temui ia.

'..'

aku pernah memiliki ia selama setahun, seronok bila memiliki sesuatu yang br setelah kehilangan sesuatu yang kita syg. seronok bermain dengannya jugak. kemana saja aku pergi, disitulah ada ia....tp setelah setahun ia sering kali rosak....jd.....aku terpaksa simpankan ia.

'...'

baru aku dapat tgk, belom miliki lg, sedang mempelajari bagaimana nak mengaplikasikannya. :)



apa yang aku bingung sekarang
hampir setiap malam ketiga2 benda ni menganggu aku

jadi....

otak serabut,
jiwa kacau,
benak kalut,
hati risau...

offline selama beberapa hari...

Anugerah Nya

gembira . sedih . suka . duka


SERI Jr.

'beliau' telah dianugerahkan oleh Nya kpd aku dari aku kecil lg. masa tu br umur 5 tahun.

"abah, adik nak bela kucing" ^_^

esoknya ayah aku pulang ke rumah dgn membawa seekor kucing yg bunting. tak lama lepas tu, lahirlah 'beliau' yang dinamakan SERI. adik beradik nya yg lain diberikan kepada jiran2 yg berdekatan kawasan rumah aku dulu (masa kecik2 rumah aku kat kuala terengganu). SERI ni unik sikit, warna 'beliau' lain dari yg lain. tak macam yang lain, warna kucing2 biasa jer, kalo tengok dari jauh boleh knl SERI ni.

aku bela SERI ni sejak 'beliau' lahir sehinggalah akhir hayatnyer. masa kat terengganu dulu, semua takut kat SERI ni. pendek kate apa2 jenis binatang yang tumpang lalu belakang rumah aku, mmg tak jadi kalau nampak 'beliau'. tak kiralah moo moo ker, mbek mbek ker, meow meow ker, mmg takut kat 'beliau'. mungkin beliau ni ada keturunan pahlawan kot. hahaha. (kepada pecinta binatang berkenaan jgn marah yer) wwweeeeekkkkkkk!!!!!!! :P

masa aku darjah 2,aku berpindah ke ktn, aku bawak 'beliau' sekali. setakat ni dah 2 kali pindah, aku tak pernah rasa nak buang 'beliau' ni. byk kenangan aku bersama 'beliau'. sampai la satu hari masa aku form 3, aku balik dari tuisyen, tengok dia terbaring kat depan pintu rumah, masuk pagar rumah niat nak belai2, tp bila dah pegang jer, keras.....tak bergerak......bila tengok betul2, ada darah, 'beliau' dah mati.

"bah, npe ni?"

"x tau, kene langgar dengan motor kot, abah balik tadi terbaring depan rumah"

berlari masuk bilik......menangis semahu-mahunyer...........menangis.....menangis............
bila ingat balik....sedih sgt2. jadi menangis semahu mahunyer. malam tu arwah ma balik dari keje, dia tgk aku menangis, dia pon menangis. aku tak ada adik, sejak pindah ktn, aku tak ramai kawan, jadi 'beliau' lah kawan, 'beliau' lah musuh. petang 'beliau' mati, aku pergi tanam dengan abg aku. bersendirian......bersendirian buat sementara waktu.

beberapa bulan lepas tu, aku pergi ikut parents aku pergi rumah kawan lama, kawan lama mereka yang tidak aku kenali. bila tiba nak balik, lalu dekat halaman rumah dia, ternampak beberapa anak kucing sedang bermain2.

"ma, macam seri la yang tu, kan?"

"a'ah la, sama"

lepas tu, aku pun pergi menunjukan minat kat seekor anak kucing ni, kecil, comel dan unik. dengan sengaja tuan rumah cakap

"nak yang tu ke? amik la"

"bole ke mak cik"

"x pe, amik jer, mak cik pon x larat nak bela ramai2, x lama bunting lg mak dia"

so, dapatlah aku pengganti SERI, dan si kecil itu dinamakan SERI jugak, tp SERI Jr.
dari kecil aku bela, sampailah sekarang. ketika sedang membebel disini 'beliau' sedang tidur di atas kereta. bolehlah nak dikatakan sehari = 15jam dia tidur. selebihnya makan dan berjalan2. tp apa yang selalu aku nampak, tidur la.

tp 'beliau' ni sangat2 berbeza dengan SERI. kalau dulu semua jenis makhluk takut dengan SERI, yang ni tak, 'beliau' pulak takut dengan semua jenis makhluk. tak tahu la, jenis manja+pemalu kot. tapi 'beliau' ni ada beberapa kelebihan.

ANTARANYA :-



Bila waktu subuh

'beliau' akan kejut aku sampai aku bangun. tak kira macam mana sekali pun, 'beliau' akan kejut jugak, kalo tak pijak2 badan aku, 'beliau' akan membebel kuat2! hahaha

"meow! meow! meow! meow! meow!"

ntah ap yang dibebelkan pun aku tak tahu. tp 'beliau' akan kejut sampai lah aku bangun, selalunya selepas azan subuh. sangat unik ciptaan Nya. kerana ciptaan manusia (alarm fon) belum cukup hebat untuk mengejutkan aku....hahahaha~



Bila aku time sedih dan ada masalah

kalau masa tu aku tengah baring, dia akan dtg kat aku dan baring sebelah aku seperti faham yang yang sedang sedih. memandang aku dengan penuh rasa simpati, seperti ingin memberikan kata-kata semangat pada aku.

"meow, meow meow meow, meow meow"

"apa seri?"

"meow meow meow, meow meow"

"owh, yelah, faham la ni"

ingatkan bagi kata2 semangat, rupanya nak makan, hampeh betol "=.=



Bila time aku gembira

aku akan kacau 'beliau' yang sedang tido, hahaha~ (kejam). aku akan lambung2 'beliau' dan tarik2 tangan 'beliau' sehingga beliau da cukup geram dan mengejar aku untuk membalas di atas kekejam yang telah aku lakukan. hah? tak kan lah 'beliau' nak lanbung2 aku kot,x la, maksud aku dengan cara 'beliau' la iaitu mengigit dan menampar semahu2nyer kat aku ni...hahaha (seronok)



Bila time 'beliau' gembira

ha, yang ni bahaya sikit, macam2 benda boleh jadi, tengah aku syok2 tengok tv, pastu nak pergi dapur amik air, tetiba 'beliau' muncul dan menerkam ke arah aku, apa yang aku dapat? 'PANG!' sekali, terkesan kat kaki, dengan sepenuh tenaga 'beliau' akan lari sekeliling rumah. kalo masa tu aku malas, aku tak layan pun, tp kalo masa tu aku rajin, tak cukup tanah 'beliau' lari....hahahaha (seronok)



'beliau' lah teman dikala suka duka gembira sedih, time bosan, dengan 'beliau' lah aku bergaduh, bermain, bergurau. beliau sangat2 memahami. itulah uniknya anugerah ciptaan Nya. sangat2 bersyukur di atas anugerah yang telah diberikan oleh Nya. Alhamdulillah...



"apa kene dia ni? selama ni x pernah2 amik gmbr aku, tetiba lak hari ni nak amik"


sama x macam dia? merenung masa tepi...hahahaha....wwweeeeekkkk!!!!! :P



p/s : sangat susah kot nak amik pic 'beliau'. nak nak pose maut2 jep...hahaha....abis 'kodak'.....3 ni je yang dapat di selamatkan, ni pun x senyum.....huh!...susah tol......APA KORANG CAKAP? TAK COMEL? ADA ORANG NAK MATI KE?....hahahaha (kejam).....

Friday, October 15, 2010

Apa Kate Korang?


apa kate korang bila korang pergi
jumpa kawan korang kat restoran
pastu dia panggil korang dengan nama artis dengan amat kuat
sehinggakan satu restoran pandang korang?

BUKAN AKU!
tapi saje je nak mintak pandangan
ilmu kena ada dlm diri kita supaya mudah
untuk kita hadapi suatu hari nnti....haha
(macam hot!)

tak maksud aku macam ni...



PERTAMA

Pemangsa : hei! Farid Kamil! x de shooting ke hari ni?

Mangsa : (diam sambil tersenyum....pastu berlalu pergi)

ha....kalo wat mcm ni org akan ckp mangsa ni sombong lak sebab x bls teguran dy. tp da malu kot, muka da merah padam....panas......semua ada.........ap kate korang?



KEDUA

Pemangsa : hei! Farid Kamil! x de shooting ke hari ni?

Mangsa : (dengan penuh yakin dan berdedikasi) owh....x de, hari ni cuti...minggu depan baru start filem baru.

kalo macam ni lak, pemangsa akan cakap mangsa ni perasan....ish! ap lak perasan! da ko yg pg pnggl gt spe suh....kan2?..........ap kate korang?



KETIGA

Pemangsa : hei! Farid Kamil! x de shooting ke hari ni?

Mangsa : (dalam nada berbisik) bodoh la ko ni, org ramai ni...diam2 da la.....

wat macam ni pon org akan ckp mangsa ni perasan gak....kesian......ap kate korang?



KEEMPAT (yang ni melibatkan 3 watak)

Pemangsa : hei! Farid Kamil! x de shooting ke hari ni?

Mangsa : (tersenyum dan cuba alihkan tajuk) eh! ko......wat pe skunk?

Pemangsa : macam Farid Kamil kan muka dia (sambil perkenalkan kat kawan dia)

Kawan Pemangsa : a'ah la...(sambil senyum) adik dia ke?

yang ni mmg kurang ajar cket....siap knlkan kat member lg....kesian kat mangsa ni, jadi bahan jap, sangat malu kot. tp kalo wat gni, mmg da x tentu arah da mangsa tu, cuba alih tajuk, tp x berjaya......ap kate korang?



KELIMA (situasi di kedai makan dan duduk semeja)

Pemangsa : (dengan sengaja dan nada yang kuat) ha....Farid Kamil ni, untung aku makan dengan artis....

Mangsa : (buat2 x dgr dan bermain hp sambil jeling org meja sebelah)

yg ni lg la.....sje je nak malukan mangsa ni...bangge ke muka sme dengan artis?...malu kot....ap kate korang?





bangga ke?
aku rasa x pon
malu ade la
silap-silap le wat muka kita jadi merah N panas
nak2 kalo di khalayak ramai
betol x?

SO....TOLONGLAH
apa kate korang?
ap mangsa ni patut wat?


p/s : post ini tidak berkaitan dengan yang hidup atau yg dah meninggal dunia, jadi jangan libatkan sesiapa (AMARAN KERAS DARI PENAJA)

4 GOLONGAN LELAKI YANG DI TARIK WANITA KE NERAKA

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Tazkirah ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!


Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."


Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.


p/s : aku amik ni dari blog kat facebook, saje je nak share...wat pengajaran untk kaum Adam. kaum Hawa pon boleh amik iktibar bantu kaun Adam.....enjoy!

Friday, October 8, 2010

‘JoDOh’

“Jodoh? Pehal lak aku nak tulis pasal ni?” “apa yg aku bole bebelkan?” ntah la, tp ni la yg aku pikir semalam semalam, tringin nak ad anak...hahaha (statement yg agak berani) x taw la naper tetibe lak aku le pikir sal ni. Orang tua2 kate,

“cu, jodoh ni jangan dicari, bia je dia dtg sendiri, sebab yg datang sendiri tu jodoh dari Allah, yg dicari tu adalah nafsu kita semata-mata”

wah, apa yg dicakapkan pon aku x taw, betol ke org tua ni ckp?.....yg pasti aku pon x pasti.

Hati ada rasa macam nak kawin!.....hahahaha.....berani aku ckp gni depan ayah aku...mahu dimaki olehnya....hahaha. Tp tu kan benda baik, jd x slhkan pon aku rs....drp wat benda bukan2, ni lah jln terbaek kan? Mungkin sbb ni la aku terpk psl jodoh kot, yela dlu berdua, skrang da sorang2....orang cakap jugak;

“bila ade awek kite lupe semua kawan2 kite, tapi bila da x de mase tu la rindu semua kawan”



tiba2 lak sme dgn pe yg aku rs, rs besalah lak....OLEH YANG DEMIKIAN, AKU INGIN MEMINTA MAAF SECARA TERBUKA KEPADA KAWAN-KAWAN AKU YANG JIKA SELAMA NI AKU ADA TERLUPA ATAU TAK LAYAN KORANG.......yang pasti skrang...aku rindu sama korang (DTP6S1 >> penghuni rumah 663 lrg 11).




Ha...tiba2 khutbah jumaat hari ni (kat pahang k) pasal kawin....mcm taw2 je aku tgh cari bhn utk blog aku....ap yg aku ngat khatib ckp......




“perkahwinan bukan didirikan berdasarkan nafsu syahwat, tapi perkahwinan didirikan berdasarkan tuntutan agama”


"hubungan yang paling akrab antara manusia adalah hubungan suami isteri"

"hubungan suami isteri menjadi lebih manis dan bermakna jika suami dan isteri itu pandai menjalankan tanggungjawab masing-masing"

Huh...byk lg la, ad jgk ceritakan pasal nyushuz (derhaka), tapi bukan isteri je yg nyushuz taw, suami pon ade jgk. Tetiba pulak wat aku takot nak ad jodoh. Byk dan besar tanggungjawab yg kne pikul...bertan2!

Walaupun org tua2 ckp jodoh jgn dicari, tapi skrang aku nak kongsikan dengan korang tips2 utk memudahkan korang dpt jodoh....bole?.....hahaha....jgn salah fhm, mmg kita masih muda, tp benda ni berguna utk kita dimasa dpn kan?....



TIPS-TIPS UNTUK CEPAT DAPAT JODOH

MEMBACA SURAH YAASIN SETIAP MALAM – sebab dalam satu hadis nabi bahawa Surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya kepada sesiapa yang belum berjodoh maka akan diberikan jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah SWT segerakan jodoh dan diberikan yang beriman dan berakhlak. Insyallah mustajab.


MEMBACA SURAH AL-FATIHAH BERULANG-ULANG KALI – niatkan supaya Allah SWT segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadis di mana surah Al-Fatihah terdapat beberapa keberkatan antaranya diberikan jodoh, baca berulang kali contoh 1X atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah memberikan jodoh yang baik dan soleh/solehah.


MELAKUKAN SEMBAHYANG HAJAT 3 HARI BERTURUT-TURUT – dengan penuh khusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh bersedekah, zikir, ziarah org sakit yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT sahaja, jangan harapkan dari selain Allah SWT, berdoa dengan bersungguh-sungguh dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan masalah anda kepada Allah SWT, jika seseorang manusia merahsiakan masalahnya daripada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan membantu, jika dia mengeluh kepada manusia, maka Allah SWT tidak akan mebantu dia.


BERDOA DISETIAP SELEPAS SOLAT 5 WAKTU – dengan berdoa untuk meminta jodoh sahaja selama 20 – 30 minit. Berdoalah dengan mata separuh pejam. Insyallah.


BANGUN TENGAH MALAM SOLAT TAHAJJUD – kemudian solat taubat 2 raakat, kemudian solat hajat beberapa raakat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan khusyuk, Insyallah.


SOLAT HAJAT 2 RAAKAT – doa, 2 raakat lagi, doa, 2 raakat lg, doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah SWT telah makbulkan. Kalau masih tidak yakin usahakan pada malam berikutnya sehingga datang keyakinan. Bila anda benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, tunggu ajalah orangnya (tawakkal).


BETULKAN NIAT, NAK KAWIN KERANA ALLAH SWT – untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah.


Oleh itu....kepada sesiapa yg x dpt jodoh lg...tp inginkannya....wat la amal2 berikut k, mudah-mudahan di makbulkan oleNya. Tetapi lepas kalo da dpt jodoh, pilih la yang terbaek dan pandukan ajaran dan hadis Rasulullah SAW.


UNTUK LELAKI


Rasulullah pernah bersabda,

“seorang wanita itu dinikahi kerana empat ; Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu bahagia”

hadis ini telah direkodkan oleh kedua-dua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.


UNTUK WANITA

Bagi golongan wanita pula Rasulullah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam benar-benar menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah SAW pernah bersabda,

“apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar”

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya,

“Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?”

Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi sebanyak tiga kali,

“Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!”


Jadi, kawan2….renung2lah dan selamat beramal!....moga2 kita semua diberikan jodoh yang baik2 belaka….aminnn…………….

Wednesday, October 6, 2010

Rahsia Wanita Berdasarkan 4 Unsur

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Penasihat yang baik kepada suami.
Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
Pandai menghias diri agar kelihatan cantik
dan menarik di hadapan suami.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
Bijak mewujudkan suasana selesa.
Hati yang cepat berubah ubah

ARMAGEDON 2012


Ia mendedahkan rahsia disebalik fakta pembikinan filem 2012. Mendedahkan perbalahan antara para saintis dan pakar sejarah mengenai penemuan kalendar maya yang mencetuskan seribu tanda tanya. Ada pihak yang menolak dakwaan ini dan tidak kurang juga mempercayainya. Huru - hara dunia semakin kompleks seolah-olah membenarkan dakwaan ini. Kiamat pasti berlaku, persoalannya bila?











Ha....ni sinopsis dari buku ni....bes!....menceritakan tentang sejarah dlu (mcm mana org dulu kaji tentang kiamat ni) pastu ad jgk dia cerita secara detail tentang 10 tanda2 besar kiamat....memang menarik...harap2 dpt kesedaran lepas baca buku ni....aminn....

Setelah setahun...


setelah setahun...ini lah hasilnya.....
dan aku sgt berpuas hati ke atas ap yg aku berjaya lakukan stakat ni...
aku dah biarkan blog ni setahun...
pasni bole la update tiap2 hari kot...
dah memang keje aku hari2 ngadap pc je...
mmg dah x de keje laen...so....
aku akan cuba bg info yg terbaek dan share apa2 dengan korang ok!...


setelah aku kehilangan ap yang aku ad...
inilah yang akan lakukan untuk mengisi masa lapangku....

diharapkan berkekalan...