free web counter

Sunday, October 24, 2010

.: MaRi beRTaUbAT :.

Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril :

"wahai Jibril, siapakah golongan yang menghuni Neraka Jahannam?"

maka Malaikat Jibril berkata :

"adakah engkau benar-benar ingin tahu siapakah golongan yang menghuni Neraka Jahannam wahai Muhammad?"

Jawab Rasulullah SAW :

"ya! wahai Jibril, ceritakanlah kepadaku"

setelah Malaikat Jibril dipujuk oleh Rasulullah SAW, maka Malaikat Jibril pon menjawab :

"golongan yang menghuni Neraka Jahannam adalah golongan daripada umatmu wahai Muhammad!"

setelah Malaikat Jibril berkata sedemikian, maka Rasulullah SAW pengsan untuk seketika waktu. setelah tersedar dari pengsan, maka, menangislah Rasulullah SAW teresak-esak bersama Malaikat Jibril mengenangkan nasib umat akhir zaman iaitu umatnya sambil berkata :

"sesungguhnya umatku tidak mampu untuk menghadapi azab yang sedemikian rupa"



Sesungguhnya amat kasih dan sayang Rasulullah SAW kepada umatnya iaitu kita semua, tapi adakah kita mengasihnya? adalah kita sering berselawat keatasnya? orang kafir berlumba-lumba untuk menghina Rasulullah SAW, berbagai cara dilakukan untuk menghina Rasulullah SAW, adakah kita sama menentang? segelintir yang menentang dan ramai daripada golongan kita yang turut sama menghina Rasulullah.................Astaghfirullahal'adziim.....



KISAH NERAKA JAHANNAM

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 guda
ng dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala jengking, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila
terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil,

“Ya Rabb kami, selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :

“Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang artinya : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”


Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.



p/s : Pesanan kepada diri sendiri dan teman2, MaRi beRTaUbAT selagi masih mampu. (dialog di atas diceritakan oleh ustaz yg beri ceramah kat masjid td, KISAH NERAKA JAHANNAM pulak aku ambil dari web. gambar lak diucapkan terima kasih kepada Encik Google)

No comments: