free web counter

Monday, October 25, 2010

.: NerVOus :.

tanggal 10 julai 2007


aku melaporkan diri di POLITEKNIK PORT DICKSON. sebelum tu aku adalah seorang penganggur yang berjaya selepas berhenti daripada kerja yang sangat dasyat (majikan telah memijak2 kepala pekerjanya sampai lumat). sebulan sebelum tarikh di atas, aku dapat surat tawaran untuk sambung belajar dalam kos DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN). masa mula2 aku dapat surat ni, aku dah beriya nak sambung study kat MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY dalam jurusan DIPLOMA ENGINEERING OF HELICOPTER MAINTENANCE. tapi di atas nasihat keluarga dan saudara-mara, maka aku sambung la study kat POLITEKNIK PORT DICKSON.

sebulan sebelum tu, aku kena sediakan macam2 benda, salinan sijil la, salinan tu la, ni la, dan juga aku kena buat medical check up. so aku pergi la ke klinik kerajaan disekitar kuantan untuk buat check up. mula2 ukur tinggi, berat badan, pastu rabun atau tak. lepas tu, kena pergi tunggu untuk masuk ke bilik yang berlainan pulak untuk berjumpa doktor. masa no aku di panggil, cepat2 aku pergi masuk untuk berjumpa doktor.

doktor mengambil tekanan darah. aku macam biasalah, dah biasa ambil tekanan darah ni, tak kisah pun. da selesai tetiba doktor cakap :


"kamu ada darah tinggi ke?"

"x ad doktor, sy sihat jer"


sambil tu berkali-kali doktor ambil tekanan darah tinggi aku. aku pon wat selamba je la. pastu doktor tu cakap lg :


"tapi tekanan darah kamu ni tinggi, x pe la, kamu kluar dlu, pergi minum air banyak2, nnti dtg balik"



keluar je dari bilik tu, ayah aku da bersiap2 nak balik.



abah : ha, dah? jom balik, abah kena pergi keje pulak ni.

aku : mana abis lg...doktor ckp ad darah tinggi, dy suruh pg minum air dlu. (sambil muka x bersalah)

abah : ha? darah tinggi? macam mana boleh ad sakit tu? tu la awk, makan ikot dan jer, suruh makan ikan x nak, bgn tido tengah hari, pastu duk rumah tido jer, mana badan x lemah.....bla....bla....bla.....bla......

aku : (sakit darah tinggi ad kne ngena ke dgn tido?)(muka x bersalah lg)



lepas minum air, aku jumpa doktor tu lg, dia tanya :



doktor : kamu da minum air banyak?

aku : dah tadi, satu botol saya minum.

doktor : okay, bagus. (sambil ambil tekanan darah aku) umur kamu berapa?

aku : 18 doktor.

doktor : tinggi lagi ni, kalo macam ni, saya x boleh sain borang check up kamu. kamu pergi jumpa doktor pakar dekat bilik sebelah ye, tunggu kat luar, nanti kita panggil no kamu.



lepas tu aku keluar bilik dengan muka selamba pergi kat ayah aku.



abah : dah siap?

aku : mana siap lagi, dy suruh jumpa doktor pakar pulak.

abah : tu la awk, makan ikot dan jer, suruh makan ikan x nak, bgn tido tengah hari, pastu duk rumah tido jer, mana badan x lemah.....bla....bla....bla.....bla......

aku : (yelah)



lepas setengah jam no aku pun dipanggil. aku pun pergi masuk bilik duduk atas kerusi.



doktor 2 : (sambil ambil tekanan darah aku) umur kamu berapa?

aku : 18

doktor 2 : ada keluarga yang ada darah tinggi ke?

aku : ada kot, mak sy

doktor : tu la, kamu ni muda lagi, mungkin keturunan kot. tekanan darah kamu mmg tinggi, sy scan buah pinggang dulu la.

aku : okay



lepas tu aku pergi ke bilik sebelah, tu la kali pertama aku diaplikasikan kepada alat scan untuk ibu-ibu mengandung tu. sapukan sedikit gel kat pinggang, pastu doktor ni gosok2 alat tu kat pinggang aku (hahaha....rs macam kelakar pulak ayat ni, bukan lucah ok, tp mmg betol mcm tu caranya).



"buah pinggang kamu okay, dua2 okay, x de masalah apa2, x pe la, kamu buat ECG pulak ye"


ha? ECG? apa benda tuh? kalau nak tahu klik sini. masuk jer bilik tu, ad 2 orang nurse.



nurse 1 : kenapa doktor suruh kamu buat test ni?

aku : ntah, dy ckp sy ada darah tinggi.

nurse 1 : la....ye ke? berapa umur kamu?

aku : 18 (sambil pelik, da bpe ramai tnyer umur aku,da penat da nak jwb, tampal kat dahi boleh? "UMUR SAYA 18")

nurse 2 : muda lg, bese org ada darah tinggi ni org tua jer. blaja je?

aku : br lepas spm, tnggu nak sambung belajar.

nurse 1 : ni mesti ade awek ramai ni, tu yang darah tinggi tu sbb gadoh dengan awek.

aku : eh...mne ad.....(sambil tersenyum, dlm hati, sorang pon x terlayan, ni nak ramai2? kalo ramai, alamtnyer, bukan darah tinggi, kencing manis, gaut dan mcm2 penyakit boleh melekat kat aku)

nurse 2 : tu la, biasenyer org2 tua yang banyak masalah jer ad penyakit ni, keturunan kot?

aku : mungkin kot.....



tu la first time aku aku wat test tu, tampal alat2 dia kat dada aku, aku pun tak pasti alat apa, pastu bila keluar result, keluar la sekeping kertas yang panjang2 macam resit kita membeli belah dekat kedai. panjang pulak tu. lepas tu aku pergi jumpa doktor balik.


"test ni okay, jantung pon x ad mslh,x pe la, kamu nak sambung belajarkan, sy boleh sain, tp kamu kena buat follow up la, sy bagi kamu makan ubat, ubat ni kalo da makan, kamu x bole berhenti sampai bila2, tiap2 bulan kamu kena pergi klinik amik ubat dan cek tekanan darah kamu, saya bagi kamu buku ni, buku ni pegi mana2 jgn tinggal, bawak, pastu ubat jgn x mkn, ubat ni kalo kamu x mkn, lama2 dy akan effect organ2 dalam bdn kamu, jgn lupa makan ubat yer"


sambil tulis karangan atas kertas, doktor tu membebel macam tu, aku dengar je la sambil senyum, lepas tu settle la, pasal borang check up, tapi sebelum balik aku kena pergi makmal, sampai je kat situ, bagi borang kat doktor tu, pastu doktor tu bagi aku botol sambil berpesan


"dalam masa 24jam, kamu kencing dalam botol ni, dalam botol ni ada bahan kimia, jangan tumpahkan, lepas guna, teros tutup ye, esok hantar balik kat sini"


ha? dia suruh aku kencing dalam botol? hahahaha, yelah ikut je la apa yang disuruh oleh mereka, yang penting sekarang, aku dah berhenti makan ubat tu. apa? bukan ke tak boleh berhenti? mmg la, aku dah pernah jumpa doktor kat pd tu, dia pun tak bagi berhenti, jadi aku la yang jadi doktor. berhenti dengan sendiri, baguskan? bukan aku nak, tapi terpaksa, mula2 aku mmg makan dengan jayanya, tapi lepas selalu terlupa nak makan ubat tu, jadi aku pun buat2 lupa la terus hari2. yang penting sekarang, lepas ni kalau aku pergi klinik cek, semua dah ckp tekanan ok pulak, aku pon konfius, hari tu mungkin tak sengaja darah aku nak naik, saja nak main2. jadi sekarang aku dengan bangganya beritahu, aku tak ada penyakit? pasal ubat tu? malas ni fikir, biar je la, ajal maut di tangan Allah.


ni la ubat yang dimaksudkan, kecik je ubtnyer, tp aku da x mkn, wat pameran je ats meja.
tapi untuk pengetahuan, ubat ni harga dia beratus sekotak, aku x pernah beli,
tp ambik free je kat klinik gov. :)

2 comments:

Nurfilzahnurfya said...

lor..

Bintang Biru. said...

LOL. selamba jee. adeehh. lawak sungguh !