free web counter

Saturday, February 18, 2012

Separuh Gila

Hari ni cuti

tapi cuti dalam azab

kalau tahu macam ni

baik tak yah cuti

pagi dah bangun awl

tp tak ada apa nak buat

bangun golek2 atas katil

sampailah hati ni terasa

tiba2

tiba2

ada air keluar dari mata

ceh!

air apa ni?

dah2 bertahun2 tak keluar

overflow kot

dalam keadaan macam tu sampai la tghari

aktiviti tghari pulak

ambil keyboard

ketuk2 kat kepala

hantuk2 kepala kat dinding

ini adalah serius ok

aktiviti ptg pulak

pg tepi pantai

brlah terasa aman sikit

tenang sikit hati ni

duduk tepi pantai sorang2

angin kuat

senyum sorang2

ada sekumpulan budak2 main air

suami isteri memancing ikan

gelagat ibu melayan anak bermain buih

seorang pakcik duduk di atas moto sambil merenung ke pantai

bahagiakan mereka

aku turut terasa bahagia walaupun tempias

p/s : menangis.

Monday, February 13, 2012

Alhamdulillah

Ya Allah

jika ini adalah petunjuk darimu

aku redha dengan semua ketentuan Mu Ya Allah

tapi

bantulah hamba Mu yang lemah ini Ya Allah

sesungguhnya aku tidak ada tempat mengadu selain dari Mu Ya Allah

aku percaya apa yang diaturkan oleh Mu adalah yang terbaik untuk hamba Mu

Engkaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Amin....

Hati

hari ni sebelum pergi keje

hati dah rasa macam nak pecah

tp lepas balik keje

kalo bole cincang hati ni

aku lebih rela macam tu

cincang lumat2

cincang lumat2

bagi ikan makan

tu pun kalo ikan nak makan

huh

jadi

mengambil satu langkah yang positif

balik keje cepat2

terus pergi jogging

jogging2

jogging2

harap apa yg terbuku dalam hati ni keluar melalui peluh2

semua tekanan dibuang

buang jauh2

buang2!

lepas jogging

hati rasa lega sikit

syukur kepada Maha Pencipta

belajar satu benda

jika ada masalah

jgn minta dengan orang

minta dgn Maha Pemurah

p/s : positif2!

Sunday, February 12, 2012

sunyi

tahukah anda kejayaan anda adalah hasil usaha anda sendiri?

pernah dengar orang cakap

"kejayaan saya pada hari ini kerana dorongan yang kuat dari ahli keluarga dan rakan-rakan"

ceh! semua tu adalah tipu belaka

kejayaan anda adalah hasil usaha anda sendiri dan rahmat serta rezeki dari Allah SWT

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani" (Al-Fatihah : 1)

"Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani" (Al-Fatihah : 3)

ingatlah
jika berada dalam kesusahan

mintalah padaNya

kepada Yang Maha Pemberi

janganlah cepat berputus asa

kerana

masih ada yang akan memakbulkan permintaan anda

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) akan kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami mohon pertolongan" (Al-Fatihah : 5)

p/s : janganlah terlalu meminta2 sesama manusia kerana mereka hanyalah hamba Allah.

Thursday, February 9, 2012

Berbuat Baik

semalam keluar makan dengan besfren
sebelum keluar tu
R telefon

"ko kat mana?"
"aku kat rumah la, nak kua ni"
"ko nak keje x esok?"
"esok? apesal? ad ap?
"Z mc esok, dia sakit lutut"
"mangkuk betol, hari ni sakit lutut, esok mc"
"ko nak keje x esok? kalo ko nak ko masuk 1st"
"aku kena jalan syif la? x nak aku jalan syif mcm org gila"
"yela, G masuk P, nak suruh ko buat EN pon ko x pandai"
"eh, A ad kan? dia 12jam la dgn RA"
"tu la, kalo ko nak keje x yah la 12jam, x pe la, nnti aku bincang dgn S mcm mne"
"ok2"

aku mmg da jarang jalan syif skunk
seminggu 3 kali je
lebih banyak masuk normal hour sbb cover projek2 yg pelik2
huh
tak lama lepas tu
si A ni telefon pulak
masa tu aku dah agak
mesti nak suruh aku masuk esok

"halo.....sory la ganggu sikit, ad mana?"
"owh, x de ap, aku ad kat lua ni"
"esok ad ap2 projek ke?"
"erm.......x de lg stakat ni"
"kalo x de, aku ingat nak mintak mu masuk 1st, aku doh 2 malam night syif, x larat rasa"
"aku masuk 1st?"
"yela, boleh?"
"erm.......bole la, bole la"

so restday yg terpaksa bekerja
tp nasib baik br lepas bercuti
tak de la rasa penat sangat
lgpun hari sabtu ni cuti lagi
so tak ralat sangat la
yang terasa sangat2 ralat bila si A ni buat perangai mcm tu
kacang lupakan kulit
bila dia susah
dia akan cari org untuk tlg dia
tp bia org laen susah
dia buat derk je
pentingkan diri sendiri
satu sikap yang tidak bagus dalam satu organisasi
tidak bagus jgk untuk dibuat kawan

mungkin Allah nak tunjukkan satu hikmah pada aku
sebelum tidur semalam belek2 buku 'Jangan Bersedih'
memang sekarang ni aku layan buku ni supaya lebih matang
masa belek2 terjumpa satu tajuk
'Berbuat Baik Kepada Orang Lain Akan Melapangkan Dada'
memandangkan mcm2 benda yg jadi pd aku 2 minggu ni
mmg kepala kusut sikit
so ap yg aku dapat dari tajuk tu?

"ketika diri anda diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuatlah baik terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati!"

"berbuat baik itu laksana wewangi yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi juga orang-orang yang berada disekitarnya"

"sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut dibalas, hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; dan demi sesungguhnya ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya" (Al-Lail : 19 - 21)

jadi hari esoknya
pergi kerje dengan niat untuk melapangkan dada
dan hasilnya
aku nampak
sungguh
hari ni aku semua kerja2 aku dipermudahkan
keje jadi senang
dan apa yang aku belajar

"Allah sentiasa dengan hambanya yang bersyukur"

Alhamdulillah.

p/s : cuba untuk tidak mengeluh lg ;)