free web counter

Friday, October 8, 2010

‘JoDOh’

“Jodoh? Pehal lak aku nak tulis pasal ni?” “apa yg aku bole bebelkan?” ntah la, tp ni la yg aku pikir semalam semalam, tringin nak ad anak...hahaha (statement yg agak berani) x taw la naper tetibe lak aku le pikir sal ni. Orang tua2 kate,

“cu, jodoh ni jangan dicari, bia je dia dtg sendiri, sebab yg datang sendiri tu jodoh dari Allah, yg dicari tu adalah nafsu kita semata-mata”

wah, apa yg dicakapkan pon aku x taw, betol ke org tua ni ckp?.....yg pasti aku pon x pasti.

Hati ada rasa macam nak kawin!.....hahahaha.....berani aku ckp gni depan ayah aku...mahu dimaki olehnya....hahaha. Tp tu kan benda baik, jd x slhkan pon aku rs....drp wat benda bukan2, ni lah jln terbaek kan? Mungkin sbb ni la aku terpk psl jodoh kot, yela dlu berdua, skrang da sorang2....orang cakap jugak;

“bila ade awek kite lupe semua kawan2 kite, tapi bila da x de mase tu la rindu semua kawan”



tiba2 lak sme dgn pe yg aku rs, rs besalah lak....OLEH YANG DEMIKIAN, AKU INGIN MEMINTA MAAF SECARA TERBUKA KEPADA KAWAN-KAWAN AKU YANG JIKA SELAMA NI AKU ADA TERLUPA ATAU TAK LAYAN KORANG.......yang pasti skrang...aku rindu sama korang (DTP6S1 >> penghuni rumah 663 lrg 11).




Ha...tiba2 khutbah jumaat hari ni (kat pahang k) pasal kawin....mcm taw2 je aku tgh cari bhn utk blog aku....ap yg aku ngat khatib ckp......




“perkahwinan bukan didirikan berdasarkan nafsu syahwat, tapi perkahwinan didirikan berdasarkan tuntutan agama”


"hubungan yang paling akrab antara manusia adalah hubungan suami isteri"

"hubungan suami isteri menjadi lebih manis dan bermakna jika suami dan isteri itu pandai menjalankan tanggungjawab masing-masing"

Huh...byk lg la, ad jgk ceritakan pasal nyushuz (derhaka), tapi bukan isteri je yg nyushuz taw, suami pon ade jgk. Tetiba pulak wat aku takot nak ad jodoh. Byk dan besar tanggungjawab yg kne pikul...bertan2!

Walaupun org tua2 ckp jodoh jgn dicari, tapi skrang aku nak kongsikan dengan korang tips2 utk memudahkan korang dpt jodoh....bole?.....hahaha....jgn salah fhm, mmg kita masih muda, tp benda ni berguna utk kita dimasa dpn kan?....



TIPS-TIPS UNTUK CEPAT DAPAT JODOH

MEMBACA SURAH YAASIN SETIAP MALAM – sebab dalam satu hadis nabi bahawa Surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya kepada sesiapa yang belum berjodoh maka akan diberikan jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah SWT segerakan jodoh dan diberikan yang beriman dan berakhlak. Insyallah mustajab.


MEMBACA SURAH AL-FATIHAH BERULANG-ULANG KALI – niatkan supaya Allah SWT segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadis di mana surah Al-Fatihah terdapat beberapa keberkatan antaranya diberikan jodoh, baca berulang kali contoh 1X atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah memberikan jodoh yang baik dan soleh/solehah.


MELAKUKAN SEMBAHYANG HAJAT 3 HARI BERTURUT-TURUT – dengan penuh khusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh bersedekah, zikir, ziarah org sakit yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT sahaja, jangan harapkan dari selain Allah SWT, berdoa dengan bersungguh-sungguh dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan masalah anda kepada Allah SWT, jika seseorang manusia merahsiakan masalahnya daripada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan membantu, jika dia mengeluh kepada manusia, maka Allah SWT tidak akan mebantu dia.


BERDOA DISETIAP SELEPAS SOLAT 5 WAKTU – dengan berdoa untuk meminta jodoh sahaja selama 20 – 30 minit. Berdoalah dengan mata separuh pejam. Insyallah.


BANGUN TENGAH MALAM SOLAT TAHAJJUD – kemudian solat taubat 2 raakat, kemudian solat hajat beberapa raakat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan khusyuk, Insyallah.


SOLAT HAJAT 2 RAAKAT – doa, 2 raakat lagi, doa, 2 raakat lg, doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah SWT telah makbulkan. Kalau masih tidak yakin usahakan pada malam berikutnya sehingga datang keyakinan. Bila anda benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, tunggu ajalah orangnya (tawakkal).


BETULKAN NIAT, NAK KAWIN KERANA ALLAH SWT – untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah.


Oleh itu....kepada sesiapa yg x dpt jodoh lg...tp inginkannya....wat la amal2 berikut k, mudah-mudahan di makbulkan oleNya. Tetapi lepas kalo da dpt jodoh, pilih la yang terbaek dan pandukan ajaran dan hadis Rasulullah SAW.


UNTUK LELAKI


Rasulullah pernah bersabda,

“seorang wanita itu dinikahi kerana empat ; Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu bahagia”

hadis ini telah direkodkan oleh kedua-dua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.


UNTUK WANITA

Bagi golongan wanita pula Rasulullah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam benar-benar menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah SAW pernah bersabda,

“apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar”

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya,

“Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?”

Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi sebanyak tiga kali,

“Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!”


Jadi, kawan2….renung2lah dan selamat beramal!....moga2 kita semua diberikan jodoh yang baik2 belaka….aminnn…………….

No comments: