free web counter

Saturday, October 23, 2010

Anugerah Nya

gembira . sedih . suka . duka


SERI Jr.

'beliau' telah dianugerahkan oleh Nya kpd aku dari aku kecil lg. masa tu br umur 5 tahun.

"abah, adik nak bela kucing" ^_^

esoknya ayah aku pulang ke rumah dgn membawa seekor kucing yg bunting. tak lama lepas tu, lahirlah 'beliau' yang dinamakan SERI. adik beradik nya yg lain diberikan kepada jiran2 yg berdekatan kawasan rumah aku dulu (masa kecik2 rumah aku kat kuala terengganu). SERI ni unik sikit, warna 'beliau' lain dari yg lain. tak macam yang lain, warna kucing2 biasa jer, kalo tengok dari jauh boleh knl SERI ni.

aku bela SERI ni sejak 'beliau' lahir sehinggalah akhir hayatnyer. masa kat terengganu dulu, semua takut kat SERI ni. pendek kate apa2 jenis binatang yang tumpang lalu belakang rumah aku, mmg tak jadi kalau nampak 'beliau'. tak kiralah moo moo ker, mbek mbek ker, meow meow ker, mmg takut kat 'beliau'. mungkin beliau ni ada keturunan pahlawan kot. hahaha. (kepada pecinta binatang berkenaan jgn marah yer) wwweeeeekkkkkkk!!!!!!! :P

masa aku darjah 2,aku berpindah ke ktn, aku bawak 'beliau' sekali. setakat ni dah 2 kali pindah, aku tak pernah rasa nak buang 'beliau' ni. byk kenangan aku bersama 'beliau'. sampai la satu hari masa aku form 3, aku balik dari tuisyen, tengok dia terbaring kat depan pintu rumah, masuk pagar rumah niat nak belai2, tp bila dah pegang jer, keras.....tak bergerak......bila tengok betul2, ada darah, 'beliau' dah mati.

"bah, npe ni?"

"x tau, kene langgar dengan motor kot, abah balik tadi terbaring depan rumah"

berlari masuk bilik......menangis semahu-mahunyer...........menangis.....menangis............
bila ingat balik....sedih sgt2. jadi menangis semahu mahunyer. malam tu arwah ma balik dari keje, dia tgk aku menangis, dia pon menangis. aku tak ada adik, sejak pindah ktn, aku tak ramai kawan, jadi 'beliau' lah kawan, 'beliau' lah musuh. petang 'beliau' mati, aku pergi tanam dengan abg aku. bersendirian......bersendirian buat sementara waktu.

beberapa bulan lepas tu, aku pergi ikut parents aku pergi rumah kawan lama, kawan lama mereka yang tidak aku kenali. bila tiba nak balik, lalu dekat halaman rumah dia, ternampak beberapa anak kucing sedang bermain2.

"ma, macam seri la yang tu, kan?"

"a'ah la, sama"

lepas tu, aku pun pergi menunjukan minat kat seekor anak kucing ni, kecil, comel dan unik. dengan sengaja tuan rumah cakap

"nak yang tu ke? amik la"

"bole ke mak cik"

"x pe, amik jer, mak cik pon x larat nak bela ramai2, x lama bunting lg mak dia"

so, dapatlah aku pengganti SERI, dan si kecil itu dinamakan SERI jugak, tp SERI Jr.
dari kecil aku bela, sampailah sekarang. ketika sedang membebel disini 'beliau' sedang tidur di atas kereta. bolehlah nak dikatakan sehari = 15jam dia tidur. selebihnya makan dan berjalan2. tp apa yang selalu aku nampak, tidur la.

tp 'beliau' ni sangat2 berbeza dengan SERI. kalau dulu semua jenis makhluk takut dengan SERI, yang ni tak, 'beliau' pulak takut dengan semua jenis makhluk. tak tahu la, jenis manja+pemalu kot. tapi 'beliau' ni ada beberapa kelebihan.

ANTARANYA :-



Bila waktu subuh

'beliau' akan kejut aku sampai aku bangun. tak kira macam mana sekali pun, 'beliau' akan kejut jugak, kalo tak pijak2 badan aku, 'beliau' akan membebel kuat2! hahaha

"meow! meow! meow! meow! meow!"

ntah ap yang dibebelkan pun aku tak tahu. tp 'beliau' akan kejut sampai lah aku bangun, selalunya selepas azan subuh. sangat unik ciptaan Nya. kerana ciptaan manusia (alarm fon) belum cukup hebat untuk mengejutkan aku....hahahaha~



Bila aku time sedih dan ada masalah

kalau masa tu aku tengah baring, dia akan dtg kat aku dan baring sebelah aku seperti faham yang yang sedang sedih. memandang aku dengan penuh rasa simpati, seperti ingin memberikan kata-kata semangat pada aku.

"meow, meow meow meow, meow meow"

"apa seri?"

"meow meow meow, meow meow"

"owh, yelah, faham la ni"

ingatkan bagi kata2 semangat, rupanya nak makan, hampeh betol "=.=



Bila time aku gembira

aku akan kacau 'beliau' yang sedang tido, hahaha~ (kejam). aku akan lambung2 'beliau' dan tarik2 tangan 'beliau' sehingga beliau da cukup geram dan mengejar aku untuk membalas di atas kekejam yang telah aku lakukan. hah? tak kan lah 'beliau' nak lanbung2 aku kot,x la, maksud aku dengan cara 'beliau' la iaitu mengigit dan menampar semahu2nyer kat aku ni...hahaha (seronok)



Bila time 'beliau' gembira

ha, yang ni bahaya sikit, macam2 benda boleh jadi, tengah aku syok2 tengok tv, pastu nak pergi dapur amik air, tetiba 'beliau' muncul dan menerkam ke arah aku, apa yang aku dapat? 'PANG!' sekali, terkesan kat kaki, dengan sepenuh tenaga 'beliau' akan lari sekeliling rumah. kalo masa tu aku malas, aku tak layan pun, tp kalo masa tu aku rajin, tak cukup tanah 'beliau' lari....hahahaha (seronok)



'beliau' lah teman dikala suka duka gembira sedih, time bosan, dengan 'beliau' lah aku bergaduh, bermain, bergurau. beliau sangat2 memahami. itulah uniknya anugerah ciptaan Nya. sangat2 bersyukur di atas anugerah yang telah diberikan oleh Nya. Alhamdulillah...



"apa kene dia ni? selama ni x pernah2 amik gmbr aku, tetiba lak hari ni nak amik"


sama x macam dia? merenung masa tepi...hahahaha....wwweeeeekkkk!!!!! :P



p/s : sangat susah kot nak amik pic 'beliau'. nak nak pose maut2 jep...hahaha....abis 'kodak'.....3 ni je yang dapat di selamatkan, ni pun x senyum.....huh!...susah tol......APA KORANG CAKAP? TAK COMEL? ADA ORANG NAK MATI KE?....hahahaha (kejam).....

2 comments:

nadzirah said...

moo moo lagi comel! =)

habislah. mati la kejap lagi! haha

Encik goole said...

berani kamu berkata2 yer?