free web counter

Sunday, February 12, 2012

sunyi

tahukah anda kejayaan anda adalah hasil usaha anda sendiri?

pernah dengar orang cakap

"kejayaan saya pada hari ini kerana dorongan yang kuat dari ahli keluarga dan rakan-rakan"

ceh! semua tu adalah tipu belaka

kejayaan anda adalah hasil usaha anda sendiri dan rahmat serta rezeki dari Allah SWT

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani" (Al-Fatihah : 1)

"Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani" (Al-Fatihah : 3)

ingatlah
jika berada dalam kesusahan

mintalah padaNya

kepada Yang Maha Pemberi

janganlah cepat berputus asa

kerana

masih ada yang akan memakbulkan permintaan anda

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) akan kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami mohon pertolongan" (Al-Fatihah : 5)

p/s : janganlah terlalu meminta2 sesama manusia kerana mereka hanyalah hamba Allah.

Thursday, February 9, 2012

Berbuat Baik

semalam keluar makan dengan besfren
sebelum keluar tu
R telefon

"ko kat mana?"
"aku kat rumah la, nak kua ni"
"ko nak keje x esok?"
"esok? apesal? ad ap?
"Z mc esok, dia sakit lutut"
"mangkuk betol, hari ni sakit lutut, esok mc"
"ko nak keje x esok? kalo ko nak ko masuk 1st"
"aku kena jalan syif la? x nak aku jalan syif mcm org gila"
"yela, G masuk P, nak suruh ko buat EN pon ko x pandai"
"eh, A ad kan? dia 12jam la dgn RA"
"tu la, kalo ko nak keje x yah la 12jam, x pe la, nnti aku bincang dgn S mcm mne"
"ok2"

aku mmg da jarang jalan syif skunk
seminggu 3 kali je
lebih banyak masuk normal hour sbb cover projek2 yg pelik2
huh
tak lama lepas tu
si A ni telefon pulak
masa tu aku dah agak
mesti nak suruh aku masuk esok

"halo.....sory la ganggu sikit, ad mana?"
"owh, x de ap, aku ad kat lua ni"
"esok ad ap2 projek ke?"
"erm.......x de lg stakat ni"
"kalo x de, aku ingat nak mintak mu masuk 1st, aku doh 2 malam night syif, x larat rasa"
"aku masuk 1st?"
"yela, boleh?"
"erm.......bole la, bole la"

so restday yg terpaksa bekerja
tp nasib baik br lepas bercuti
tak de la rasa penat sangat
lgpun hari sabtu ni cuti lagi
so tak ralat sangat la
yang terasa sangat2 ralat bila si A ni buat perangai mcm tu
kacang lupakan kulit
bila dia susah
dia akan cari org untuk tlg dia
tp bia org laen susah
dia buat derk je
pentingkan diri sendiri
satu sikap yang tidak bagus dalam satu organisasi
tidak bagus jgk untuk dibuat kawan

mungkin Allah nak tunjukkan satu hikmah pada aku
sebelum tidur semalam belek2 buku 'Jangan Bersedih'
memang sekarang ni aku layan buku ni supaya lebih matang
masa belek2 terjumpa satu tajuk
'Berbuat Baik Kepada Orang Lain Akan Melapangkan Dada'
memandangkan mcm2 benda yg jadi pd aku 2 minggu ni
mmg kepala kusut sikit
so ap yg aku dapat dari tajuk tu?

"ketika diri anda diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuatlah baik terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati!"

"berbuat baik itu laksana wewangi yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi juga orang-orang yang berada disekitarnya"

"sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut dibalas, hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; dan demi sesungguhnya ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya" (Al-Lail : 19 - 21)

jadi hari esoknya
pergi kerje dengan niat untuk melapangkan dada
dan hasilnya
aku nampak
sungguh
hari ni aku semua kerja2 aku dipermudahkan
keje jadi senang
dan apa yang aku belajar

"Allah sentiasa dengan hambanya yang bersyukur"

Alhamdulillah.

p/s : cuba untuk tidak mengeluh lg ;)

Wednesday, February 8, 2012

Tumbesaran


.: Selamat Ulang Tahun Kelahiran :.

banyak perkara yg dah berlaku 2 3 hari ni

termasuklah hari ni

keputusan untuk deactive akaun fb sementara mungkin satu langkah utk kebaikan

menuju setapak demi setapak

untuk mencapai sesuatu yg lebih baik

setiap apa yg berlaku ada hikmahnya

Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk dalam orang-orang yang bersyukur. (Al-A'raf: 144)

jadilah sesuatu untuk kesenangan

belajar dari kesilapan

oleh yg demikian

"Selamat Ulang Tahun Kelahiran"

"ini hadiah tahun ni k"
"skunk da besar, pandai2 la jg diri"
"jgn susahkan sape2 lg"
"belajar berdikari"
"jgn degil"
"keje rajin2"
"jadi lebih tanggungjwb"

p/s : hadiah utk diri sendiri ;)

Tuesday, February 7, 2012

Jangan Bersedih

Ya Allah, gantikanlah penderitaan in dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam

Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah, tunjunkkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu, bimbinglah kesesatan ini kearah jalanMu, dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu.

Ya Allah, lenyapkan segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran. Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu.

Amin.

Re : Cuti 4 Hari.

Cuti Hari Kedua

setelah semalaman cas balik tenaga dan kalori yg telah terbakar

oleh yg demikian

hari kedua bercuti

adalah ke kemasik

rumah along

tapi sebelum tu

breakfast dekat kg.pandan

tp destinasi ke kemasik

sampaikan ada org tanya

"cek betol2 utara kamu"

hahahaha

mana taknya

destinasi utara

tapi breakfast selatan

tp ok lah sbb makanan kat situ sedap

Rehat & Rawat Kg. Pandan

dan bila nak ambil gambar budak ni

ni bukan menangis ok

ini la pose yg mmg dia akan buat bila ada org nak ambil gambar dia, hahaha

dan lagi

tak faham aku

ni baru betul

inilah modelnya

lepas breakfast meneruskan perjalanan

walaupun dah lama dia berpindah ke rumah baru tu

aku tak pernah jejak lagi yg dah siap

hari tu first time la

mana tak nya

time org cuti kena keje

time org keje kena cuti

tp syukur la ada keje kalau nak dibandingkan dengan yg sedang mencari2 keje

bandingkan lagi yg tidak bekerja dan tidak mencari keje

bandingkan lagi yang malas bekerja

Syukur Alhamdulillah kerana Engkau telah kurniakan aku rezeki dgn rahmat Mu itu.

hari kedua ni aktiviti bersama keluarga

mengisi masa lapang bersama keluarga

inilah sebahagiannya

apasal gambar dekat fon aku jadi mcm ni? huh!
nakmintaktukarnotelatuhuh!

dan terpaksa la edit bg nmpk cantik

Wafi, Aniq, Dayana & Luqman
tiba2rasawafisangatcomelbilabuatmukamcmtuhahahahaha

lihat betul2 ada org tak pandai buat peace!

setiap kali suruh buat peace

semua jari akan angkat sampai tutup muka

hahahaha

lepas tu

"agi2!"
"kat cini pulok!"

pantang nak amik gmbr

semua nak jadi model

tapi tak dapat ambil banyak gambar memandangkan bateri dah nazak

pulang ke kuantan dlm pkl 5

sempat singgah di teluk kalong

kalau sebut je teluk kalong dekat K

panjang lebar dia bercerita sampaikan tak sempat nak potong

aktiviti malam hanya berehat dirumah ;)

Cuti Hari Ketiga

..........